Page 2 - TUNAS BAHASA (SINONIM) 国文词霸必读(同义词)
P. 2

Prakata







                  Siri	Tunas	Bahasa	ini	diterbitkan	khusus	untuk	murid-murid
             Tahap	Dua.	Siri	ini	terdiri	daripada	lima	judul,	iaitu:
             ❖ Peribahasa
             ❖ Simpulan	Bahasa
                    国文词霸必读(同义词), 版权所有·侵权必究
             ❖ Penjodoh	Bilangan
             ❖ Sinonim
             ❖ Antonim

                  Matlamat	 utama	 penerbitan	 siri	 ini	 adalah	 untuk
             mengukuhkan	 pembelajaran	 bahasa	 Melayu	 secara	 lebih
             berkesan.	Bahasa	Melayu	merupakan	satu	mata	pelajaran	yang
             penting	 dalam	 bidang	 komunikasi.	 Asas	 berbahasa	 Melayu
             meliputi	aspek	makna,	penggunaan	dan	penaakulan.

                  Pendekatan	dan	persembahan	yang	menarik	dalam	judul-
             judul	ini	adalah	untuk	membantu	murid-murid	memperluas	dan
             mempertingkatkan	tahap	penguasaan	bahasa	Melayu.

                  Reka	 letak	 dan	 ilustrasi	 yang	 digunakan	 telah	 disusun
             dan	disediakan	dengan	teliti	supaya	tidak	akan	menimbulkan
             kebosanan	dalam	kalangan	murid.

                  Bagi	memantapkan	pemahaman	murid,	pelbagai	latihan	turut
             disediakan.	Persembahan	latihan-latihan	ini	pula	dipelbagaikan
             untuk	mengelakkan	kebosanan.	Jawapan	yang	lengkap	juga
             disediakan	untuk	memudahkan	penyemakan.

                  Mudah-mudahan	murid	sekalian	dapat	menguasai	aspek
             berbahasa	Melayu	apabila	menggunakan	buku	ini.

             PENERBIT




                                             ii
   1   2   3   4   5   6   7