Page 25 - GET READY BM 4 四年级预习本国文
P. 25
Bahasa Melayu Tahun 4 Mewah Bahasa
CERITA TELADAN 3
Si Kuning dan Si Kurik
四年级预习本国文 版权所有·侵权必究
Di dalam sebuah reban yang besar, tinggal sekumpulan ayam yang
terdiri daripada dua ekor ayam jantan dan berbelas-belas ekor ayam
betina. Setiap pagi, setelah pintu reban dibuka, ayam-ayam ini akan
berkeliaran mencari makanan di sekitar kawasan itu. Terdapat seekor
ayam jantan dewasa yang bernama Si Kuning dan seekor ayam jantan
muda yang bernama Si Kurik. Kedua-dua ekor ayam jantan ini selalu
bergaduh untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Mereka seperti
anjing dengan kucing, tidak boleh berjumpa.
Suatu pagi, seperti biasa ketika mencari makanan, Si Kuning
berkata kepada Si Kurik, “Tak usahlah kita bergaduh lagi. Tidak ada
gunanya. Badan kita yang akan sakit-sakit nanti apabila cedera. Lagipun
di sini helang selalu mencari peluang. Kalau kita terleka sedikit, kita akan
menjadi mangsa. Kau sebagai yang muda belajarlah hormat yang tua.
Dengarlah segala nasihat yang diberikan,” nasihat Si Kuning kepada Si
Kurik.
Si Kurik tidak suka mendengar nasihat Si Kuning. Apa-apa sahaja
yang dicakapkan oleh Si Kuning tidak diendahkan oleh Si Kurik. “Dah tua,
buatlah macam dah tua,” kata Si Kurik. “Aku gagah. Aku tidak takut akan
sesiapa,” katanya dengan angkuh. Si Kurik leka mencari makanan tanpa
disedari seekor burung helang sedang berlegar-legar mencari mangsa.
Sang Helang terus menyambar Si Kurik. Si Kurik menjerit meminta tolong.
“Tolong! Tolong!” Namun, ayam-ayam yang lain tidak berani menolong
Si Kurik. Si Kurik dibawa terbang oleh Sang Helang. Ayam-ayam lain
memandang dengan hiba.
Mewah Bahasa
Kaya Bahasa
berkeliaran – bergerak ke serata arah 闲逛;四处走动
seperti anjing dengan kucing – sering bergaduh apabila berjumpa 一见面就吵架
terleka – lalai 疏忽;大意
angkuh – sombong 骄傲;自负
107
P93-108 Get Ready BM T4.indd 107 17/05/2019 8:46 AM

