Page 8 - 200 Contoh Penulisan UPSR BM 国文书写200篇
P. 8

Pendahuluan







                 Buku ini mengandungi 200 contoh penulisan yang terdiri daripada tiga bahagian,
                 iaitu Bahagian A: Membina Ayat, Bahagian B: Menulis Ulasan dan Bahagian C:
                           UPSR国文书写200篇, 版权所有·侵权必究
                 Menulis Karangan.


                       Model-model penulisan yang dimuatkan di dalam buku ini dapat memberikan

                 idea yang bernas kepada murid-murid untuk menulis dengan baik. Bagi murid-murid
                 yang masih lemah, anda akan dibantu melalui penggunaan rajah, peta minda,
                 ilustrasi yang menarik dan juga penerapan i-THINK. Murid-murid juga dicabar
                 menyediakan karangan yang menampilkan soalan KBAT (Kemahiran Berf kir Aras

                 Tinggi). Buku ini juga memuatkan Kamus Mini yang diterjemahkan ke dalam bahasa
                 Cina bagi memudahkan murid-murid menguasai pelbagai kosa kata.


                       Kemahiran membina ayat, menulis ulasan dan menulis karangan yang baik
                 bukanlah satu perkara yang mudah. Murid-murid memerlukan kemahiran dan fokus
                 yang tinggi. Pengolahan ayat dan ulasan yang baik menjadikan struktur ayatnya
                 mudah difahami. Karangan yang baik pula tentunya akan menampilkan idea-idea

                 yang bernas, bersifat semasa, tepat dan sesuai dengan sasaran pembacanya.


                       Sebelum kami mengundurkan diri, kami ingin mengucapkan  jutaan terima
                 kasih kepada anda kerana memilih buku ini sebagai rujukan dan panduan. Kami
                 juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menduduki UPSR kepada
                 anda semua. Semoga anda akan lebih cemerlang pada masa akan datang.


                                                                         Salam kasih daripada,

                                                                         Alf an Mansor
                                                                         Nurul Husna Zainall Abidin
                                                                         Muhammad Haf zul Ibrahim
                                                                         Norelyssa Ramli




                                                          viii
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13