Page 21 - SKOR A+ UPSR BM 特优A+系列国文
P. 21
Skor A+ dalam UPSR Bahasa Melayu SET 2
Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat yang lengkap.
Taman permainan merupakan tempat untuk orang ramai, terutamanya kanak-kanak
bermain, beriadah dan bersosial. Walau bagaimanapun, tempat tersebut boleh
mengancam keselamatan sekiranya langkah keselamatan tidak dititikberatkan.
特优A+系列国文, 版权所有·侵权必究
Antara langkah keselamatan yang mesti dipatuhi semasa berada di taman
permainan ialah memeriksa keadaan taman serta peralatannya sama ada baik
atau tidak sebelum digunakan. Pastikan peralatan tersebut tidak berkarat, reput
dan rosak. Hal ini demikian kerana boleh menyebabkan kecederaan sekiranya
menggunakan peralatan yang telah rosak.
Seterusnya, patuhi peraturan penggunaan peralatan permainan. Gunakan
peralatan yang disediakan seperti buaian dengan berhemah dan berhati-hati.
Jangan berpaut pada tali buaian tersebut kerana boleh menyebabkannya rosak
hingga menyukarkan orang lain untuk menggunakannya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa langkah-langkah keselamatan di taman
permainan amat penting untuk dipatuhi bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini berlaku.
(a) Perkataan mengancam dalam petikan bermaksud .
[ 1 markah ]
2B – 5 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2020
Set02_Skor A+ 2020 BM.indd 5 21/11/2019 4:46 PM

