Page 14 - BUKU LATIHAN KSSR BM 5B 国文配版作业5B
P. 14
Bahasa Melayu Tahun 5B TEMA 6 Latihan 16: Berjaya dalam Pertanian dan Penternakan
Kemahiran Membaca
B Baca dan fahami cerita di bawah. Kemudian, buat rumusan. 2.3.1
Pada hujung minggu yang lalu, Anuar sekeluarga berpeluang ke rumah bapa
saudaranya di Terengganu. Bapa saudaranya seorang penternak kambing tenusu
yang berjaya. Anuar berasa sangat teruja dapat masuk ke kandang kambing.
Semua kambing tenusu nampak sihat dan berisi. Bapa saudara Anuar menternak
国文配版作业5B, 版权所有·侵权必究
kambing daripada baka yang baik dan berkualiti jenis Toggenburg, Saanen dan
Alpine. Kambing-kambing tersebut diberikan makanan yang mencukupi serta
diberikan vitamin. Kandangnya pula sangat luas dan bersih.
Anuar seronok dapat menyentuh kambing-kambing di situ. Dia juga berpeluang
melihat sendiri proses pemerahan susu kambing. Menurut pekerja di situ, susu
kambing perlu diperah dua kali sehari. Jika tidak, kambing boleh jatuh sakit.
Susu kambing mengandungi banyak khasiat. Antaranya, dapat mengubati
pelbagai penyakit, mudah dihadam serta kaya dengan protein, enzim dan vitamin
A.
1. Baka kambing tenusu yang
2. Kambing yang sihat
3. Penternak hendaklah memerah
4. Susu kambing mengandungi
Tahap Penguasaan 1 2 3 4 5 6
12 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd. Membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan sastera
2.3.1 untuk membuat rumusan.
BTRC50122 BL BM5B_p1-p46.indd 12 18/04/2022 3:27 PM

