Page 7 - BUKU LATIHAN KSSR BM 5B 国文配版作业5B
P. 7
Bahasa Melayu Tahun 5B TEMA 5 Latihan 14: Celik Alam Sekitar
Kemahiran Menulis
B Baca dan fahami petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan. 3.2.2
Penggunaan penyedut minuman sangat sinonim ketika hendak menikmati air
yang sejuk atau air kotak. Lazimnya, penyedut minuman yang digunakan diperbuat
daripada plastik. Umum mengetahui plastik sukar diuraikan dan menyebabkan
pencemaran alam sekitar.
国文配版作业5B, 版权所有·侵权必究
Sesetengah tempat telah menghentikan pengunaan penyedut minuman
plastik seperti di restoran. Terdapat juga syarikat yang mengeluarkan air kotak
yang menggunakan penyedut minuman jenis kertas. Hal ini menyokong kempen
penggunaan penyedut minuman mesra alam.
Mahasiswa daripada Sekreteriat Ikatan Siswa Anak Darul Ta’azim (Iskandar)
berjaya menghasilkan penyedut minuman daripada bahan semula jadi tumbuhan
akuatik. Tumbuhan ini dinamakan pokok kercut atau pokok purun. Inovasi yang
dihasilkan telah diuji dari aspek keselamatan dan kebersihannya.
Selain itu, terdapat juga penyedut minuman jenis besi yang diperbuat daripada
keluli tahan karat. Penyedut minuman ini tahan lebih lama dan boleh digunakan
berulang kali. Namun, pengguna haruslah berhati-hati menggunakannya kerana
sifatnya yang keras dan tidak boleh dilentur. Keadaan ini boleh mendatangkan
kecederaan pada mulut.
1. Mengapakah penggunaan penyedut minuman jenis plastik tidak digalakkan?
2. Apakah tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan penyedut minuman bahan
semula jadi?
3. Jika diberikan pilihan, kamu hendak memilih penyedut minuman jenis apa? Berikan
alasan kamu.
Tahap Penguasaan 1 2 3 4 5 6
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif. © Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 5
Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.
BTRC50122 BL BM5B_p1-p46.indd 5 18/04/2022 3:27 PM

