Page 10 - PRAKTIS FOKUS UPSR BM 6B 焦点单元备考国文 6B
P. 10

Praktis Fokus UPSR Bahasa Melayu Tahun 6B  Tip Menjawab Soalan UPSR


                        Contoh Soalan Penulisan Bahagian C


              Kamu	telah	menghadiri	satu	kursus	motivasi	yang	dianjurkan	oleh	pihak	sekolah.
              Tulis	catatan	tentang	lawatan	tersebut.


                    Pendahuluan :		tajuk,	hari,	tarikh,	masa
                    Isi          :		membuat	persiapan
                    	            	 	mendaftar	nama
                           焦点单元备考国文6B, 版权所有·侵权必究
                    	            	 	aktiviti	suai	kenal
                                  	mendengar	ceramah	motivasi	–	mencatat	–	maklumat	penting
                    	            	 	mempelajari	teknik	menjawab
                    Penutup      :		majlis	penutup


                                                    Kursus Motivasi
                Sabtu, 27 April 2019
                7.30 pagi
                Aku	membuat	persiapan	untuk	pergi	ke	kursus	motivasi	anjuran	pihak	sekolah.	Apabila
                aku	tiba	di	sekolah,	sudah	ramai	peserta	yang	telah	hadir.

                8.00 pagi
                Aku	mendaftar	namaku	di	bahagian	urus	setia.	Kemudian,	para	peserta	dibahagikan
                kepada	beberapa	kumpulan	kecil.	Kami	perlu	melantik	seorang	ketua	di	dalam	kumpulan
                masing-masing.	Setiap	kumpulan	dibimbing	oleh	seorang	guru.
                8.30 pagi
                Aktiviti	pertama	ialah	aktiviti	suai	kenal.	Kami	berkenalan	antara	satu	sama	lain.	Kami
                mencatat	maklumat	peribadi	kawan-kawan	supaya	dapat	mengenali	dengan	lebih
                rapat.
                10.00 tengah hari
                Selepas	berehat	selama	setengah	jam,	kami	mendengar	ceramah	motivasi	tentang
                kemahiran	belajar.	Kami	mencatat	pelbagai	maklumat	penting	yang	berguna	untuk
                diamalkan	setiap	hari	supaya	menjadi	murid	yang	berjaya.
                2.00 petang
                Selepas	berehat	dan	makan	tengah	hari,	kami	mempelajari	teknik	menjawab	soalan
                dalam	mata	pelajaran	utama	dalam	peperiksaan	seperti	Matematik,	Sains,	Bahasa
                Melayu	dan	Bahasa	Inggeris.

                5.00 petang
                Majlis	 penutup	 diadakan	 dan	 disempurnakan	 oleh	 guru	 besar.	 Beliau	 menasihati
                murid-murid	supaya	belajar	dengan	bersungguh-sungguh	agar	menjadi	murid	yang
                cemerlang.	Setelah	itu,	setiap	murid	diberikan	sijil	kursus.



              © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.                   N-8







         00 P F UPSR BM4A_N1-N8.indd   8                                                               27/03/2019   9:42 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15