Page 3 - PRAKTIS FOKUS UPSR BM 6B 焦点单元备考国文 6B
P. 3
TIP MENJAWAB SOALAN KBAT
✎ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan ref eksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
焦点单元备考国文6B, 版权所有·侵权必究
sesuatu.
✎ KBAT merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
✎ Jadual di bawah menunjukkan huraian ringkas tentang KBAT:
KBAT Penerangan Kata Kunci
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran • Melaksanakan
dan nilai dalam situasi untuk melaksanakan • Menunjukkan
sesuatu perkara • Menjalankan
• Menggambarkan
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada • Membandingkan
bahagian kecil untuk memahami dengan • Sebaliknya
lebih mendalam serta hubung kait antara • Mengklasif kasikan
bahagian berkenaan • Menyusun
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan • Menyemak
menggunakan pengetahuan, pengalaman, • Mempertimbangkan
kemahiran dan nilai serta memberi • Menguji
justif kasi • Membuat keputusan
• Membuat hipotesis
Mencipta Menghasilkan idea, produk atau kaedah • Mereka bentuk
yang kreatif dan inovatif • Mencipta
• Merancang
• Membina
• Menghasilkan
Contoh Soalan KBAT
Ruby memarahi adiknya yang malas mengemas rumah.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A berat hati C ringan tulang
B berat tulang D jatuh hati
N-1 © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.
00 P F UPSR BM4A_N1-N8.indd 1 27/03/2019 9:42 AM

