Page 16 - SIRI MAHIR TATABAHASA BM 4 单元语法练习国文4
P. 16
Bahasa Melayu Tahun 4 Mari Bercerita
1
Arnab yang Suka Menipu
单元语法练习国文4, 版权所有·侵权必究
Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor arnab yang sangat nakal bernama
Bani. Bani tidak disenangi oleh rakan-rakannya kerana Bani suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka.
Ketika haiwan-haiwan lain sedang bermain dengan gembira, Bani akan
menjerit, “Singa! Singa! Sembunyi cepat!”. Haiwan-haiwan yang lain akan
bersembunyi ketakutan. Bani akan mentertawakan rakan-rakannya itu.
Haiwan-haiwan kecil seperti tupai, tikus, kancil dan landak sangat takut
dengan Sang Singa. Sang Singa merupakan raja rimba yang sangat garang
dan bengis. Sang Singa akan membaham dan menjadikan haiwan yang lalu di
hadapannya sebagai mangsa.
Akan tetapi, kenakalan Bani tidak pernah berakhir. Bani berasa seronok
dapat mempermain-mainkan rakan-rakannya. Walaupun haiwan-haiwan yang
lain sering ditipu, namun mereka tetap percaya akan kata-kata Bani.
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 2

