Page 10 - ALL-ROUND LEARNING SERIES BM 6A 全能学霸国文6A
P. 10

Bahasa Melayu Tahun 6A   Tema 1   Kekeluargaan


                     PEMAHAMAN


         A 	 Baca	maklumat	di	bawah	ini	dengan	teliti,	kemudian	jawab	soalan-soalan	yang
             berikutnya.	 2.1.1 	 3.2.2
           全能学霸 6A,版权所有 · 侵权必究


                  Pada hujung minggu yang lalu, Susanthi dan keluarganya telah bersama-
            sama menceriakan kawasan taman di sekolah Susanthi, iaitu SJK(T) Taman Makmur.
            Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membina  landskap
            mengikut pelan yang telah dirancang oleh bapanya. Landskap yang dibina oleh
            mereka berkonsepkan bumi hijau. Mereka bertungkus-lumus membina landskap
            tersebut. Berkat usaha gigih secara berterusan, mereka sekeluarga akhirnya berjaya
            menceriakan dan mencantikkan kawasan taman tersebut.

                  Pada keesokan harinya, Susanthi dan keluarganya dijemput oleh guru besar
            ke pejabatnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi hadir
            berjumpa dengan beliau. Tujuan mereka dijemput adalah untuk menyampaikan
            keputusan pertandingan Program Satu Landskap Satu Keluarga. Mereka telah
            terpilih kerana mereka sekeluarga telah menunjukkan semangat bekerjasama
            dalam suasana gembira semasa menyiapkan landskap tersebut.






                            landskap 园林      mencantikkan 美化      menyampaikan	传达
             Entri
             Kata

        	 1.	 Susanthi menghabiskan hujung minggu bersama keluarganya dengan





        	 2.	 Apakah konsep landskap taman yang dibina oleh Susanthi dan keluarganya?





        	 3.	 Mengapakah Susanthi dan keluarganya dijemput oleh guru besar ke pejabatnya?







        © Tunas Pelangi Sdn. Bhd.                     8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15