Page 31 - GET READY BM 5 五年级预习本国文
P. 31

Bahasa Melayu Tahun 5  Mewah Bahasa


                                     CERITA TELADAN                             1






                                                Si Merbuk yang Cerdik




                           五年级预习本国文, 版权所有·侵权必究











                    Pada zaman dahulu, terdapat seekor burung merbuk yang cerdik tinggal di dalam
                sebuah hutan. Binatang-binatang lain yang berada di hutan tersebut memanggilnya Si
                Merbuk. Si Merbuk merupakan binatang yang gigih berusaha. Dia akan berusaha dengan
                bersungguh-sungguh sehingga mendapat sesuatu yang dihajatinya. Si Merbuk juga akan
                sentiasa mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

                    Pada suatu pagi, Si Merbuk terbang untuk ke suatu tempat. Dalam perjalanan, dia
                berasa sangat dahaga. Si Merbuk pun terbang ke merata-rata tempat untuk mencari
                air, namun air sungai dan perigi telah kering. Sudah beberapa hari kawasan hutan tidak
                dituruni hujan. Si Merbuk hinggap sebentar di dahan pokok. Lalu, dia tekad untuk tidak
                berputus asa. Si Merbuk terbang semula dan berlegar-legar di udara untuk mencari bekalan
                air.
                    Semasa Si Merbuk sedang berlegar-legar di udara, Si Merbuk ternampak akan sedikit
                air di dalam bekas tembikar. Si Merbuk tidak dapat meminum air itu kerana paruhnya
                yang kecil. Tanpa membuang masa, Si Merbuk memasukkan batu-batu kecil ke dalam
                bekas tembikar yang berisi air itu menggunakan paruhnya. Tidak lama kemudian, air di
                dalam bekas tembikar mulai penuh. Akhirnya, Si Merbuk dapat minum air di dalam bekas
                tembikar tersebut. Selepas itu, Si Merbuk terbang dan meneruskan perjalanannnya.

                                                         Kaya Bahasa

                   gigih – terus berusaha 不屈不挠、坚决的                                                            Mewah Bahasa
                   ikhtiar – usaha 主意、方法
                   berlegar-legar – bergerak ke sekeliling 盘旋、旋转
                   bekas tembikar – bekas untuk menyimpan sesuatu yang diperbuat daripada tanah liat
                                    陶瓷容器



                                                             113
   26   27   28   29   30   31   32