Page 5 - GET READY BM 5 五年级预习本国文
P. 5
Bahasa Melayu Tahun 5 Tatabahasa
1 KATA
TATABAHASA
NAMA
语法 名词
MEDAN INFO
Kata nama ialah kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, tumbuhan, benda dan tempat. Kata
nama terbahagi kepada tiga, iaitu:
名词表示人、动物、植物、东西和地方的名称。名词分成三种:
五年级预习本国文, 版权所有·侵权必究
(a) Kata Nama Am 普通名词 (b) Kata Nama Khas 专有名词 (c) Kata Ganti Nama 代词
Kata Nama Am 普通名词 Tatabahasa
✽ Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, tumbuhan,
benda dan tempat secara umum.
普通名词指人、动物、植物、东西和地方的一般名称。
✽ Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.
普通名词的第一个字母是小写,除非用在句首。
manusia 人 ibu, polis, menteri, pesawah
tempat 地方 bilik, kedai, gunung, laut
haiwan 动物 ayam, kucing, ular, ikan
benda 东西 pensel, baju, kasut, cincin
tumbuhan 植物 pokok, bunga, rumput, lalang
Ayat Contoh:
1. Sudah setahun Rahim bertugas sebagai anggota polis di Kajang.
2. Ily menangis kerana kucing kesayangannya hilang sejak semalam.
Kata Nama Khas 专有名词
✽ Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan,
tumbuhan, benda dan tempat secara khusus.
专有名词指特定的人、动物、植物、东西和地方的名称。
✽ Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata.
专有名词的第一个字母是大写。
manusia 人 Siti Nurhaliza, Doktor Izham, Pak Cik Munir
tempat 地方 Pulau Sibu, Balai Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur
haiwan 动物 Si Tompok, Sang Keldai, Raja Rimba
benda 东西 Proton X70, Perodua Myvi, Harian Metro
tumbuhan 植物 Jasmine, Aquilaria Malaccensis, Bougainvillea
Ayat Contoh:
1. Doktor Izham seorang yang peramah.
2. Mereka akan bercuti ke Pulau Sibu pada minggu hadapan.
1

