Page 9 - SIRI MAHIR TATABAHASA BM 6 单元语法练习国文6
P. 9
Bahasa Melayu Tahun 6 UNIT 10 KATA PENGUAT
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan
berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif tersebut.
程度词是放在形容词之前或之后的词,用来强调该形容词的意思。
Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 程度词分成三种,即:
1 Kata penguat hadapan 前程度词
单元语法练习国文6, 版权所有·侵权必究
2 Kata penguat belakang 后程度词
3 Kata penguat bebas 自由程度词
❖ Kata penguat hadapan terletak di hadapan kata adjektif.
前程度词放在形容词的前面。
Kata Penguat Hadapan Ayat Contoh
前程度词 例句
makin 愈 …… 愈 Harga rumah banglo itu makin mahal.
terlalu 太 Hutangnya dengan Encik Kamil terlalu banyak.
paling 最 Gunung Everest ialah gunung yang paling tinggi di dunia.
agak 大约、少许 Agak sukar untuk saya memahami isi hatinya itu.
❖ Kata penguat belakang terletak di belakang kata adjektif.
后程度词放在形容词的后面。
Kata Penguat Belakang Ayat Contoh
后程度词 例句
benar 非常、很 Cepat benar bas itu datang pada hari ini.
betul 非常、十分 Cantik betul lukisan kamu itu.
sekali 非常、最 Jawapan yang diberikan oleh peserta muda itu tepat sekali.
nian 真、很 Pemandangan pada waktu senja di pantai itu indah nian.
❖ Kata penguat bebas boleh terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
自由程度词可以出现在形容词的前面或后面。
Kata Penguat Bebas Ayat Contoh
自由程度词 例句
• Pakaian pengantin perempuan itu amat cantik.
amat 非常、极
• Pakaian pengantin perempuan itu cantik amat.
• Banglo itu sangat indah.
sangat 非常、甚、极
• Banglo itu indah sangat.
• Suasana di pasar itu sungguh bising.
sungguh 很、确实
• Suasana di pasar itu bising sungguh.
Rasional, Kegigihan
© Tunas Pelangi Sdn. Bhd. 24

