Page 78 - BukuProspektus 2020Final_SMK Mentakab_FINAL
P. 78
PROSPEKTUS 2020
PANDUAN PERATURAN KE ARAH KECEMERLANGAN
(ASPEK HAL EHWAL MURID DAN BINA INSAN)
1. PEMUPUKAN SAHSIAH PELAJAR
• Semua guru ialah guru disiplin dan guru bimbingan
• Semua pelajar ialah anak didik setiap guru.
• Semua individu merupakan makhluk mulia, berdimensi, berpotensi, berupaya dan berkebebasan menurut
hak individualiti.
• Semua individu berhajatkan kepada kebaikan kerana diciptakan dengan sifat-sifat keutuhan (beragama)
dan mempu membezakan antara yang halal dan yang haram, yang baik dan yang buruk – perlu asuhan
dan didikan.
• Berakhlak mulia berlandaskan syarak adalah matlamat setiap insan.
• Beri pendedahan sejelasnya tentang peraturan disiplin kepada pelajar.
• Perbanyakkan dan pelbagaikan aktiviti ke arah pembinaan, pemupukan dan penghayatan perlakuan yang
mulia.
• Pujuk pelajar secara bersopan dan menghormati mereka di samping menyayangi pelajar untuk mencapai
peningkatan sahsiah yang tinggi.
• Elakan mencaci, menghina, mengeji dan mengeluarkan kata-kata kesat serta nada suara yang
menyinggung perasaan pelajar.
• Tegur pelajar di tempat dan dalam situasi yang sesuai.
• Berikan peluang yang banyak dalam menasihati dan membimbing daripada terus menjatuhkan hukuman
dan deraan.
• Berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah salah laku pelajar secara sendiri-sendiri sebelum
menyerahkan kepada guru disiplin dan GPK HEM.
• Pastikan bahawa matlamat pembinaan sahsiah pelajar itu yang diutamakan dan bukan hukuman yang
menjadi balasan apabila pelajar melanggar peraturan sekolah.
• Rekodkan salah laku pelajar secara bersistematik dan berterusan.
• Buat temujanji dengan penjaga dan tentukan tindakan yang wajar.
• Buat keputusan melalui JK disiplin pelajar dan ikut prosedur.
• Bersegera laporkan kepada pihak atasan jika berlaku sesuatu yang amat serius.
• Bertindak mengikut peraturan khususnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/83 dan Buku Panduan Disiplin dan
bukannya mengikut rasa dan perasaan.
• Guru yang berhemah lahirlah pelajar bersopan, mesra dan ramah.
• Berdoa kepada Allah, mudah-mudahan diberikan taufiq dan hidayah dalam usaha membina akhlak pelajar
dan bertawakal kepadaNya.
2. KESELAMATAN PELAJAR
• Pastikan setiap aktiviti di perkarangan sekolah dalam perhatian guru.
• Setiap aktiviti pelajar, guru wajib bersama.
• Tiada Sebarangaktiviti di padangapabilakeadaanpadangbasahkeranahujan.
• Elakkanpelajardaripadamelakukanaktiviti yang berisikotinggitanpabimbingandantunjukajar yang sewajarnya.
• Sebarang insiden kemalangan pelajar segeralah membawanya ke hospital atau klinik berdekatan.
• Sediakanlaporanlengkapmengenaikemalangantersebut.
• Hubungikeluargasecepatmungkindanmaklumkankepada polis jika perlu.
• Laporkan dengan kadar segera kepada PPD dan JPN jika serius.
• Sentiasa memohon Kurnia Rahmat Allah SWT agar terhindar daripada segala bahaya.
Ilmu Untuk Amalan Muka Surat 78

