Page 2 - PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA DAN GURU DALAM MENGINSPIRASI PERKEMBANGAN POTENSI ANAK-ANAK PENDIDIKAN KHAS
P. 2
PENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) merupakan satu program
yang diwujudkan khusus untuk murid berkeperluan khas (MBK). Ianya
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah
usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”. Oleh itu, Pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan
keperluan anak-anak berkeperluan khas juga telah disediakan.
Peranan ibu bapa dan guru adalah sangat penting dalam usaha untuk
memperkembangkan potensi diri dalam kalangan anak berkeperluan khas.
Potensi diri mereka juga perlu dikenal pasti, dilatih dan dididik serta diberi
peluang dan ruang untuk mereka menonjolkan bakat dan mampu menyerlah
dalam pelbagai bidang seperti anak-anak normal lain.
OBJEKTIF
• Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa dan guru
betapa pentingnya peranan mereka dalam memperkembangkan
potensi anak-anak pendidikan khas.
• Mengeratkan lagi hubungan antara warga Pendidikan Khas.
• Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa dan guru untuk menyedari
dan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak-anak
pendidikan khas khususnya dalam Pendidikan.
SASARAN
• Ibu Bapa, Guru serta Pembantu Pengurusan Murid PPKI SK Puncak Alam.
• Sekolah-sekolah Jemputan: SK Puncak Alam 3, SK Seri Peristana, SK
Saujana Utama, SK Desa Aman, SK Sultan Abdul Aziz, SK Dato
Maharajalela dan SK Bestari Jaya.

