Page 123 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 123
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
VISI KOKURIKULUM
"SK IPGM komited ke arah merealisasikan “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera"
MISI KOKURIKULUM
● Memberi Pendidikan Bestari Dalam Bidang Kurikulum.
● Memantapkan Sahsiah Dan Kebajikan Murid Ke Tahap Cemerlang.
● Melaksanakan Program Kokurikulum Yang Berkesan.
● Menerapkan Jatidiri dan Kepimpinan.
● Menekankan Kepatuhan Pada Negara dan Pencipta.
MATLAMAT
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian dari pada kurikulum sekolah, dan setiap murid
harus melibatkan diri . Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.Penglibatan semua murid dan anggota
masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa :
1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental
(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani
dan rohani).
2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.
3. Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan
sebaya.
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan
masyarakat dan negara.
5. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-
murid.
VISI SUKAN DAN PERMAINAN
"SK IPGM ke arah Kecemerlang Kokurikulum Secara Holistik"
MISI SUKAN DAN PERMAINAN
Mencungkil dan menggilap kemahiran dalam kokurikulum dengan menekankan
nilai-nilai murni sejagat dan kepatuhan kepada Negara dan pencipta.
119

