Page 129 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 129
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum
sekolah.
3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja
kokurikulum.
4. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan dengan
lancar,berterusan dan berkesan.
5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti
kokurikulum.
6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti
kokurikulum.
7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada murid.
8. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-
penyelaras unit.
10.Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada murid yang mencapai
taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data di selenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.
TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/
MSSN/ MSSM.
125

