Page 31 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 31

SK IPGM PERLIS                                  MANUAL PENGURUSAN              2021



                   4.  Membuat  laporan  tentang  kebersihan  bilik  air  murid  dan  guru  serta

                       persekitaran bangunan sekolah.

                   5.  Bertanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan murid.
                   6.  Menguruskan murid-murid yang memerlukan rawatan di klinik, hospital atau

                       keluar kawasan sekolah.
                   7.  Mencatat dan membuat laporan apa yang berlaku setiap hari di sekolah dan

                       segala aktiviti sepanjang minggu di sekolah.
                   8.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

                   9.  Buku  laporan  harian  yang  telah  lengkap  diisi  hendaklah  ditinggalkan  di

                       pejabat sebelum pulang setiap hari dan mengambil semula selepas 8.30 pagi
                       keesokannya.







                                                  PANDUAN AM

               1.1 DASAR ASAS PENGURUSAN SEKOLAH

               1.  Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati
                    Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan objektif Kementerian Pelajaran.
               2.  Bekerja  sebagai  satu  pasukan  untuk  mencapai  visi,  misi,  matlamat  dan
                    objektif bersama.
               3.  Memahami, berkongsi dan menghayati visi dan misi sekolah.
               4.  Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
               5.  Dalam  menjalankan  tugas,  meletakkan  kepentingan  pelajar  dan  sekolah
                    melebihi kepentingan peribadi.
               6.  Semua guru adalah guru disiplin.
               7.  Semua guru adalah guru kaunseling.

               1.2 DASAR KEHADIRAN

               1.  Semua  guru  wajib  berada  di  sekolah  20  minit  sebelum  sesi  persekolahan
                    bermula pada setiap hari persekolahan.
               2.  Semua  guru  hendaklah  merakam  kehadiran  masing-masing  dengan
                    menggunakan Mesin Perakam Waktu.
               3.  Guru / staf yang gagal mencatatkan / merakam waktu datang akan dianggap
                    sebagai  lewat  /  tidak  hadir  ke  sekolah.Guru  /  staf  yang  tidak  mencatat  /
                    merakam waktu pulang akan dianggap pulang awal. Tindakan tatatertib boleh
                    diambil terhadap guru yang  membantu mencatat kehadiran guru lain ataupun
                    meminta bantuan guru lain untuk memalsukan rekod kehadiran harian.
               4.  Surat amaran akan dikemukakan kepada guru yang mencatat kelewatan hadir

                                                           31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36