Page 4 - SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN
P. 4
SK IPGM PERLIS MANUAL PENGURUSAN 2021
Assalamulaikum WBINTI
Guru-guru yang dikasihi dan dirahmati Allah S.W.T.
Segala puji bagi Allah S.W.T. dan selawat serta salam buat junjungan besar
kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bersyukur ke hadratNya kerana dipertemukan lagi untuk sesi persekolahan
tahun 2021. Terima kasih kerana memilih untuk berada di Sekolah Kebangsaan
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bersama-sama dengan saya menongkah
arus perjuangan pendidikan yang suci dan murni demi kecemerlangan anak-anak
didik SK IPGM.
Perubahan, cabaran dan revolusi kini menuntut semua pihak terutama
pemimpin sekolah merancang dan memikirkan strategi terbaik bagi menangani
perubahan-perubahan tersebut agar usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan
cemerlang, generasi berilmu berpengetahuan dan berketerampilan serta seimbang
seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan dan sejajar dengan harapan
menuju arah Sekolah Berprestasi Tinggi dapat direalisasikan.
Sokongan padu daripada semua pihak amat diperlukan agar impak yang bakal
diperoleh dapat memberi manfaat dan peluang yang maksimum terutama dalam
kalangan anak didik demi kecemerlangan organisasi SK IPGM.
Kecemerlangan adalah terhasil daripada sikap ingin melakukan yang terbaik
dan terhebat dari hati yang tulus ikhlas.
Selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan
semangat berpasukan. Semoga VISI & MISI kita tercapai iaitu SK IPGM berada di
antara 5 buah sekolah cemerlang di negeri Perlis, diteruskan pada tahun 2021 ini.
Pastikan setiap perlakuan kita mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. dan
sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan
Buku Manual Pengurusan sekolah tahun 2021 ini.
“TERIMA KASIH CIKGU”
..................................................
( NOR ZAITUN BINTI IBRAHIM )
Guru Besar,
SK. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
Perlis
4

