Page 15 - e-magazine Alpha
P. 15
•
Pedagang menjalankan urusan mereka menggunakan Bahasa Melayu (Melayu
Kuno) sebagai Lingua Franca. Selain itu, pendapat Bahasa Melayu mudah
digunakan oleh peniaga-peniaga yang singgah ke wilayah Sriwijaya kerana
kebanyakan pelabuhan terletak di kawasan pesisiran suku bangsa Melayu dan secara
tidak langsung Bahasa Melayu mudah berkembang.
Sejarah mengatakan Bahasa Melayu kuno abad ke-4 Masihi iaitu berdasarkan
penemuan sebuah prasasti Melayu di Dong Yen Chau di Telik Taourane, Vietnam.
Selain itu, terdapat prasasti lain telah dijumpai di Asia Tenggara terutama di
Sumantera dan Jawa menjadikan membuktikan ke wujudkan Bahasa Melayu Kuno.
Kebanyakan prasasti ini menggunakan tulisan-tulisan yang berpengaruh India-
Deavanagari, Vangki, Jawa Kuno dan Kawi. Berakhirnya, Zaman Bahasa Melayu
Kuno pada abad ke-13 Masihi.
• Di antara ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno ialah:
1. Tulisan Berasal Dari India adalah – Pallava, Deavanagari, Kawi, Vangki dan
Jawa Kuno.
2. Terdapat banyak lagi pinjaman bahasa Sanskrit terutama sekali kata-kata
berkait rapat dengan kebudayaan India dan agama Hindu & Buddha.
3. Meminjam fonem-fonem Bahasa Sanskrit terutamanya kata pinjaman dari
Bahasa Sanskrit.
4. Bentuk ayat bahasanya panjang dan berbelit-belit.
5. Struktur ayat biasanya dimulai dengan kata pangkal seperti maka, syahadan,
kalakian, sebermula dan lain-lain lagi.
Contoh perkataan Bahasa Melayu digunakan dalam batu bersurat Tolong Tuwo;
1. Vulan= Bulan 7. Rumvia = Rumbia
2. Tatkalana = Tatkalanya 8. Dngan = Dengan
3. Niparvuat = Diperbuat 9. Nimakan = Dimakan
4. Nitanam = Ditanam 10. Vuahna = Buahnya
5. Niyur = Nyiur 11. Tathapis = Tetapi
6. Hanau = Enau 12. Haur = Aur
14

