Page 5 - PROFILE SEKOLAH
P. 5
PENGENALAN
SEJARAH MSAB
• English College (EC) ditubuhkan pada 21 Mac
1914. Pelajar pertamanya terdiri dari 21
pelajar terpilih dari Sekolah Bukit Zahrah.
Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya
ditempatkan berdekatan dengan Istana
Sungai Chat dan berhadapan dengan Pantai
Lido.
• Selepas tamat Perang Dunia Pertama pada
tahun 1918, EC buat pertama kali
mengadakan peperiksaan Junior Cambridge.
Selepas itu diikuti pula oleh peperiksaan
Senior Cambridge.
• Pada akhir tahun 1928, EC berjaya mencapai
sasarannya apabila 143 pelajarnya terpilih
dalam pengkhususan dalam mata pelajaran
Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris. Pada
1928 juga, En. T. Drury yang telah menyertai
Perkhidmatan Pendidikan Malaya semenjak 5
daripada tahun 1921, dilantik sebagai
Pengetua EC yang pertama.

