Page 13 - Projek Sejarah Tahun 6 (1) flip
P. 13
HOKI Foo Keat Seong
Lahir pada 22 Mei 1958 dan berasal dari Ipoh, Perak. Mempunyai tubuh
badan yang tinggi sekitar enam kaki.
Foo Keat Seong merupakan seorang yang tenang dan ini membolehkan
beliau menjadi pemain pertahanan yang dikagumi.
NEGARA Seperti Ng Boon Bee yang cemerlang dalam sukan bolasepak dan
badminton, Keat Seong juga terpaksa memilih antara sukan bola
keranjang dan hoki. Pada tahun 1976, Keat Seong pernah mewakili
skuad kebangsaan bola keranjang ke kejohanan Piala Pay Wong Kong di
Singapura.
Selepas itu, guru hokinya memberi saranan supaya menumpukan
perhatian pada satu jenis sukan sahaja dan beliau memilih hoki.
Itu adalah pilihan tepat. Lihat sajalah, beliau dapat bermain di pentas
dunia. Beliau menjadi pakar pukulan sudut dekat yang digeruni
(sekarang dipanggil sudut penalti) dalam sukan hoki yang dahulunya
bermain di padang rumput asli.
Permainan hoki juga membawa beliau ke serata dunia. Beliau menjadi
ketua pasukan negara di Kejohanan Piala Dunia Remaja di Versailles,
Perancis pada tahun 1979. Malaysia berjaya menduduki tempat
keempat dalam kejohanan tersebut.
Antara kejohanan lain yang beliau sertai adalah Piala Dunia di
Mumbai,1982 dan Sukan Olimpik Los Angeles 1984.
Foo Keat Seong bersara dari skuad kebangsaan pada tahun 1985. Bagi
beliau hoki adalah sukan yang benar-benar dia cintai. Percaya diri yang
tinggi yang dimiliki menjadikan beliau seorang pemain yang berkaliber
dan bertaraf dunia.
DATO' N. SRI
DATO' N. SRI
DATO' N. SRI
SHANMUGANATHAN &
SHANMUGANATHAN &
SHANMUGANATHAN &
DATO' POON FOOK LOKE
DATO' POON FOOK LOKE
DATO' POON FOOK LOKE

