Page 11 - MyPBD Geografi Tingkatan 1
P. 11
CONTOH ISU ATAU TAJUK KERJA LAPANGAN
Pelbagai isu atau tajuk boleh dikaji dalam menjalankan KLGT1. Antara isu atau tajuk
KLGT1 yang boleh dikaji dan dijalankan oleh murid seperti:
1 Kajian tentang petempatan di tempat tinggal atau sekolah anda.
Kajian merangkumi perkara berikut:
1.1 Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan tersebut.
1.2 Melukis dan mentafsir peta lakar kawasan kajian.
1.3 Menghuraikan fungsi petempatan di kawasan kajian.
1.4 Mengenal pasti masalah petempatan di kawasan kajian.
1.5 Cadangkan langkah mengatasi masalah petempatan di kawasan kajian
2 Kajian tentang pengurusan sisa domestik di kawasan tempat tinggal / sekolah
anda.
Kajian merangkumi perkara berikut:
2.1 Konsep dan takrifan sisa domestik
2.2 Melukis dan mentafsir peta lakar kawasan kajian.
2.3 Melukis dan mentafsir bahan grafik yang sesuai tentang pengurusan sisa domestik
di kawasan kajian.
2.4 Kenal pasti dan huraikan masalah pembuangan sisa domestik yang dihadapi di
kawasan kajian.
2.5 Cadangkan langkah mengatasi masalah pembuangan sisa domestik di kawasan
kajian.

