Page 12 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 12

SEJARAH

              SMK Pelong yang menelan belanja RM14 juta ini terletak di atas tapak
       seluas  14.5  hektar  berhampiran  dengan  Kampung  Pelong.  Jalan  utama  untuk
       dihubungi adalah melalui persimpangan Sungai Tong (39 km dari Kuala Tereng-
       ganu melalui jalan Kota Bharu) ke Pelong sejauh 10 km dan melalui persimpan-
       gan Kg. Batu 29 (45 km dari Kuala Terengganu) sejauh 14km. Terletak di kawa-
       san yang indah dengan pemandangan cantik dan alam sekitar yang masih be-
       lum tercemar.

              SMK Pelong merupakan sekolah kawalan daerah (Semi Asrama Penuh).
       Program ini mempunyai misi/visi untuk melahirkan pelajar cemerlang luar ban-
       dar yang tidak berpeluang mendapat pendidikan berkualiti berasaskan program
       sekolah cemerlang seperti sekolah bestari dan sekolah berasrama penuh.
              Sekolah ini telah dilengkapi bersama dengan satu projek asrama yang
       menelan  belanja  RM  8  juta  dan  mampu  menampung  400  orang  pelajar  (200
       lelaki:  200  perempuan).  Sekolah  telah  mula  beroperasi  mulai  1  januari  2004
       dengan  pengambilan  pelajar  kawalan  daerah  yang  terdiri  daripada  pelajar
       cemerlang  UPSR  2003  daerah  setiu  dan  negeri  Terengganu  beserta  dengan
       pelajar  pilihan  PERKAYA,  pelajar  yang  datang  daripada  golongan  pendapatan
       rendah. Seramai 160 pelajar tingkatan 1 telah ditawarkan sebagai pengambilan
       pertama.  Pelajar  ini  ditempatkan  sementara  di  bilik  darjah  dan  bengkel  yang
       telah diubahsuai sebagai asrama sementara. Menjelang 2005 barulah bangunan
       asrama siap dan dapat menampung semua pelajar.

              Kini, setelah 14 tahun beroperasi, SMK Pelong sudah bersedia memacu
       kejayaan dengan melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar cemerlang.

       Senarai Pengetua Sejak Penubuhan SMK Pelong.

       1.  Tuan Hj Aziz bin Long           1 Jan 2004 - 15 Jan 2007
       2.  Tn Hj Berahim bin Embong        16 Jan 2007 -  15 Mac 2008
       3.  En Che Adan bin Che Muda        16 Mac 2008 - 24 Julai 2016
       4.  En Zan Nain bin  Senin          25 Julai 2016 -  29 Julai 2018
       5.  Pn Hjh Normah binti Zakaria     30 Julai 2018 - 30 November 2019
       6.    Tn Hj Sabaruddin bin Salleh    1 Disember 2019 -





                                                                                  12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17