Page 22 - BM (JILID 2) TAHUN 3
P. 22

Ayat Tanya dengan Kata Tanya
                       Ayat Tanya dengan Kata Tanya


                                              Tan Sri S.M. Salim

                S.M. Salim, atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh
                Muhammad Al-Mahros, memulakan kerjaya seninya

                sebagai penyanyi pada tahun 1950-an. Allahyarham
                ialah penyanyi lagu-lagu Melayu tradisional.



                Hanif:  Siapakah penyanyi lagu tradisional yang datuk minati?
                 ayat tanya dengan kata tanya "siapa"

                Datuk:  Datuk meminati Allahyarham Tan Sri S.M. Salim.
                Hanif:  Apakah lagu-lagu beliau yang masih malar segar?

                 ayat tanya dengan kata tanya "apa"
                Datuk:  Beliau popular dengan lagu-lagu asli seperti zapin, ghazal

                          dan joget. Contohnya lagu Pantun Budi, Tak Seindah Wajah
                          dan Pandang-pandang Jeling-jeling.

                Hanif:  Mengapakah datuk meminati Allahyarham Tan Sri S.M. Salim?
                Datuk:  Suara beliau begitu merdu dan unik. Lagu-lagu nyanyian beliau

                          pula kaya dengan nilai murni dan budaya yang tinggi.
                Hanif:   ____?

                Datuk:  Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1928.
                Hanif:  ____?

                Datuk:  Beliau dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
                Hanif:   ____?

                Datuk:  Beliau meninggal dunia pada 29 Disember 2016.


                                                   Info                        Info Bahasa
                                                                     Ayat tanya dengan kata tanya ialah
                                          Malar segar                ayat yang menggunakan kata tanya
                                          Terus-menerus terkenal     Contoh:  Apakah barang itu?
                       Aktiviti           sepanjang zaman.                    Bilakah hari lahir kamu?

                Membina ayat tanya dengan kata tanya.

                    Nota    •  Bimbing murid memahami ayat tanya.
             18     Guru    KB – Menghubung kait                 Konstruktivisme – Meneroka          BA2:
                     5.3.1  EMK: Nilai Murni – Kasih sayang                                           22
                     (iii)
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27