Page 10 - SAINS TAHUN 3
P. 10
Kemahiran Proses Sains
Memerhati
Memerhati ialah kemahiran menggunakan semua deria untuk
mengumpul maklumat tentang sesuatu objek dan fenomena
yang berlaku.
Apakah deria yang digunakan untuk memerhati dalam situasi
di bawah?
Kuat betul bunyi
letupannya!
Wah, cantiknya
bunga api itu!
Lembutnya kek ini.
Rasanya pun sedap.
Biar ayah cabut
lilinnya dulu. Nanti
berbau asap.
Bagaimanakah deria membantu kamu memerhati?
1.1.1
2

