Page 109 - SAINS TAHUN 3
P. 109

Soalan

                 1.  Berapakah bilangan sudu gula yang diperlukan untuk menimbulkan
                   model ikan?
                 2. Mengapakah model ikan boleh timbul setelah gula ditambahkan ke
                   dalam air?




                        Aktiviti Ria
                        Aktiviti Ria             Ketumpatan Cecair


                 Alat dan Bahan

                 •  botol plastik
                 •  bikar
                 •  corong turas
                 •  100 mℓ air berwarna

                 •  100 mℓ minyak masak
                 •  100 mℓ gliserin


                 Langkah-langkah

                 1.  Masukkan air berwarna ke dalam botol
                   menggunakan corong turas dan diikuti
                   dengan minyak masak.
                 2. Tutup botol dengan ketat dan goncangkan.
                   Biarkan beberapa ketika. Perhatikan

                   perubahan yang berlaku.
                 3. Masukkan gliserin secara perlahan-lahan ke
                   dalam botol dan perhatikan perubahannya.
                 4. Catatkan pemerhatian kamu dan
                   bincangkan.



                 Soalan
                 Bandingkan ketumpatan air berwarna, minyak masak dan gliserin.
                 Yang manakah lebih tumpat?



                           NOTA GURU
                           NO T A GURU
                             • Gliserin boleh didapati di farmasi atau kedai menjual barangan kek.
                                                                                                         101
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114