Page 117 - SAINS TAHUN 3
P. 117
Bahan Berasid, Beralkali dan Neutral
Selain menggunakan kertas litmus, kita juga boleh menguji sifat
sesuatu bahan melalui deria rasa dan sentuhan.
Lemon ini berasa Kubis ini Rasa air minuman
masam. berasa pahit. ini tawar.
Kebanyakan bahan berasid berasa masam dan perit apabila
disentuh, manakala kebanyakan bahan beralkali berasa pahit
dan licin apabila disentuh. Bahan neutral pula mempunyai
pelbagai rasa seperti tawar, manis dan masin. Bahan neutral
berasa licin serta kesat apabila disentuh.
Bagaimanakah pula dengan air kopi?
Air kopi ini berasa pahit tetapi apabila
diuji dengan kertas litmus biru, warnanya
berubah menjadi merah.
Tidak semua bahan yang
berasa pahit bersifat alkali
dan tidak semua bahan yang
berasa masam bersifat asid.
Adakah rasa dan sentuhan boleh dijadikan penunjuk bagi
sesuatu bahan bersifat asid, alkali dan neutral? Mengapa?
8.1.2
72-74 109

