Page 45 - SAINS TAHUN 3
P. 45

Penjagaan Kesihatan Gigi


                 Lim dan abangnya baru sahaja selesai makan.


                    Mengapakah abang                                           Berkumur dapat
                    berkumur selepas makan?                                    mengeluarkan
                                                                               sisa makanan

                                                                               yang terlekat
                                                                               di celah gigi.






                                                                 Jika sisa makanan tidak
                  Mengapakah sisa makanan perlu
                  dikeluarkan dari celah gigi?                   dikeluarkan dari celah gigi,
                                                                 kuman akan membiak dan
                                                                 merosakkan gigi.















                   Memberus gigi dan                        Gigi diberus menggunakan ubat
                   menggunakan flos juga boleh              gigi yang digosokkan di setiap
                   mengeluarkan sisa makanan.               permukaan gigi. Beruslah
                   Mari abang tunjukkan.                    sekurang-kurangnya dua kali sehari.





















                   3.1.4
                                                                                                          37
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50