Page 6 - macsmkkl2020
P. 6

SEK
                             ISI APUR SIREH
                             KANDUNGAN











         Terima kasih diucapkan kepada saudara pengerusi majlis. Yang dihormati, Penolong Kanan
         Pentadbiran Encik Rusly Masalin barisan pentadbir PK HEM Ustaz Norzalizan Bahari, PK
         Kokum Encik Musah Diman, PK Pendidikan Khas Puan Alizah Malek, PK Petang Encik
         Nasir Abdullah, barisan Ketua-ketua Bidang, Guru-guru dan yang teristimewanya kepada
         semua murid yang diraikan pada hari ini.
         Selamat pagi dan salam sejahtera. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana pada hari ini kita
         dapat berkumpul untuk meraikan kejayaan dan kecermerlangan anak-anak didik kita yang
         disayangi dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2020. Terlebih dahulu saya
         ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang diraikan pada hari ini.
         Mereka merupakan murid yang Berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik, saya percaya
         bukan sahaja ukuran pencapaian akademik melalui keputusan peperiksaan tahun ini yang
         diambil kira malah pencapaian sahsiah dan disiplin mereka juga merupakan antara ciri-ciri
         yang tidak pernah diketepikan . Tahniah dan syabas sekali lagi. Kepada semua murid yang
         ada di sini, saya ingin mengingatkan bahawa anda merupakan harapan bukan sahaja kepada
         ibu bapa dan keluarga tetapi merupakan harapan guru, sekolah dan seterusnya negeri kita
         yang tercinta. Jadi sudah wajarlah hari ini merupakan hari untuk murid-murid memasang niat
         dan azam untuk terus maju dan menjadi kebangaan nusa dan bangsa.  Dalam kesempatan ini
         juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada barisan guru yang telah
         mengajar dan mendidik anak murid sehingga ke hari ini. Untuk mereka, saya bacakan pantun,
                Patah dahan Bunga kemboja, pucuk paku subur di titi
                Budi Cikgu kami tak lupa, sudah terpaku di dalam hati
         Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana majlis ini telah berjaya diadakan.
         Majlis ini merupakan permulaan kepada perjalanan kejayaan yang masih Panjang kepada
         semua murid. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan perkara
         baru dalam norma kehidupan baru kini iaitu menjaga SOP setiap masa dan tempat seperti
         dalam majlis ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan Tahniah, syabas dan selamat berjumpa
         lagi dalam majlis yang lebih cemerlang.
         Pengetua SMK Kolombong
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11