Page 30 - TAKWIM SK BANDAR HILIR 2020
P. 30

MOTTO  :   KESABARAN DAN KETEKUNAN PUNCA KEJAYAAN




                                        BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN


                   1.  Menjalankan tugas 30 minit sebelum loceng berbunyi.


                   2.  Membantu pekerja swasta mengawal lalu lintas setiap pagi dan semasa balik.


                   3.  Mengelolakan perhimpunan rasmi pada hari Isnin, perhimpunan harian dan perhimpunan
                      selepas rehat.


                   4.  Memastikan siaraya sedia diguna pakai semasa perhimpunan.


                   5.  Menyelia kantin dan bahagian RMT  semasa rehat serta memastikan bekas makanan
                      dimasukkan ke dalam tempat yang dikhaskan.


                   6.  Memastikan loceng dibunyikan pada masa yang ditetapkan dan waktu rehat  dan waktu
                      tamat sesi PdPc pada setiap hari :

                                   Waktu Rehat                         Waktu Tamat sesi Pdpc

                               Tahap 1 & Tahap 2 :         Isnin – Khamis  :
                                 10.10 – 10.35 am          Tahap 1  : 1.05 pm
                                                           Tahap 2  : 1.35 pm
                                                           (* Selasa - Aktiviti Kokurikulum  untuk Tahap 2 )
                                                           (* Tahun 6 - setelah tamat kelas tambahan jika
                                                           ada )

                                                           Jumaat :
                                                           Tahap 1 & Tahap 2 : 12.05 pm



                   7.  Bertugas sepenuhnya dari hari Isnin hingga Sabtu (jika ada keperluan) terutama pada
                      waktu rehat dan waktu pulang.


                   8.  Memberi bantuan kepada pelajar yang uzur/sakit(menghubungi ibubapa/penjaga) dan
                      menghantar mereka pulang ke rumah jika ibubapa/penjaga ada di rumah atau ke klinik
                      berhampiran.


                   9.  Membuat catatan pada buku bertugas mingguan setiap hari.
                      Menyerahkan buku laporan pada hari Jumaat kepada Guru Besar untuk tindakan pentadbir.


                   10. Guru bertugas perlu bertugas pada setiap hari mengikut jadual bertugas yang telah
                      ditetapkan.  Sekiranya guru menghadiri kursus/taklimat lebih dari 1 hari atau mengambil
                      cuti ( CRK / MC / CTR ) guru tersebut perlu mencari pengganti dan tukar giliran bertugasnya
                      dengan guru pengganti tersebut.




                  #Satu Hati, Satu Matlamat #One Heart, One Goal                                                                                            Page 30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35