Page 2 - PANDUAN MEMBUAT KAJIAN KES SEJARAH TGKTN 4
P. 2

PERSEDIAAN GURU
            1.  Guru mengenal pasti tema atau tajuk kajian yang akan dilaksanakan;
            2.  Guru perlu membimbing murid untuk menentukan skop kajian dan membina soalan yang dapat mencungkil maklumat
               tentang tajuk yang dikaji;
            3.  Guru membantu murid dalam membuat perancangan dan menyusun atur proses kerja berdasarkan senarai semak yang
               disediakan
            4.  Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam melaksanakan kajian;
            5.  Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (dua atau tiga orang setiap kumpulan) dan memastikan ahli
               dalam kumpulan mengambil bahagian serta memastikan murid mengetahui tugasan masing-masing;
            6.  Guru perlu membuat tindakan susulan bagi memantau hasil kerja murid; dan
            7.  Guru perlu memastikan murid menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan


            PERANAN PELAJAR
            1.  Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam
               melaksanakan tugasan ini.
            2.  Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
            3.  Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
            4.  Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
            5.  Digalakkan untuk menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang bersesuaian untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
            6.  Digalakkan supaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
            7.  Menulis sumber rujukan dengan betul
            8.  Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
            9.  Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan
               melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan
               menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik dari sumber lain hendaklah
               menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.






























            SMAAT / KAJIAN KES TING.4/2020
   1   2   3   4