Page 57 - AKRONIM SEJARAH SPM TINGKATAN 4 DAN 5
P. 57
NASIONALISME
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara membawa gerakan
N membebaskan negara, kuasa politik dan cengkaman ekonomi serta budaya asing.
Agama membawa kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. Contohnya gerakan islah di Tanah
A Melayu dan Indonesia serta persatuan belia buddha di Burma.
Sistem pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati kerana amalan pilih kasih. Contohnya di
S Indonesia anak priyayi diberikan pendidikan tersendiri.
Intelek yang cemerlang memberi peluang belajar di barat dan asia barat. Malah menjadi
I pemimpin gerakan nasionalisme.
Orang Belanda perkenalkan sistem tanaman paksa di Indonesia dan orang Sepanyol perkenalkan
O sistem polo di Filipina.
Nasionalisme tahap pertama antara cirinya bersifat setempat, tidak berorganisasi, menekankan
N kesedaran politik dan menuntut hak dikembalikan.
Antara ciri tahap kedua adalah lebih radikal, kegagalan tahap pertama, menuntut berkerajaan
A sendiri, mencapai kemerdekaan dan dipimpin oleh golongan berpendidikan barat.
Sambung
sebelah

