Page 2 - SMK ST.ANNE’S CONVENT, KULIM KEDAH DARUL AMAN - 2015
P. 2
2 MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT 2019
KATA ALUAN PENGETUA
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. ANNE’S CONVENT
PN. MAZNA BINTI SULAIMAN
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dan Salam Sejahtera.
Assalamualaikum wmt dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur
ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, saya berpeluang untuk bersama-sama
warga SMK. St. Anne’s Convent menyahut cabaran yang bakal dihadapi pada tahun 2019. Semoga
tirai 2019 akan lebih memberi inspirasi dan semangat kepada semua warga SMK St. Anne’s Convent
untuk menabur bakti mendidik murid . Kita sebagai warga pendidik memikul amanah yang besar
untuk mendidik dan melahirkan murid yang berkualiti dari aspek jasmani dan rohani selaras dengan
aspirasi negara. Kekalkan semangat kerja sepasukan dan kejelekitan antara kita untuk meneruskan
kecemerlangan SMK Anne’s Convent dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum , kokurikulum
mahupun sahsiah.
Tugas kita sebagai pendidik mestilah sentiasa peka dan fokus terhadap program-program dan
dasar yang telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi
merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Pendidikan Abad ke-21, HEBAT, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), KBAT, STEM, DLP
adalah antara agenda pendidikan yang diperkenalkan oleh KPM supaya taraf pendidikan negara
kita setanding dengan negara maju yang lain. Guru-guru mestilah kreatif dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid .
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan Buku Manual Pengurusan SMK St. Anne’s
Convent 2019. Semoga pada tahun ini semua warga SMK St. Anne’s Convent akan meneruskan
sikap positif dan proaktif, berfikir secara kreatif dan inovatif dan bertindak dengan penuh rasa
tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Terapkan visi “Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” dalam budaya kerja warga SMK St. Anne’s Convent.
Insya Allah.
“Merealisasikan Agenda Transformasi Pendidikan Negara”
“Berkhidmat Untuk Negara”
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah ,
…………………………………………...
(MAZNA BINTI SULAIMAN)
Pengetua
SMK.St. Anne’s Convent
2

