Page 45 - SMK ST.ANNE’S CONVENT, KULIM KEDAH DARUL AMAN - 2015
P. 45

45                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019


                       5.     SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PEPERIKSAAN AWAM / LUAR

                                 a.  Menyedia  dan  menyemak  borang  masuk  peperiksaan  PT3,  SPM  dan  lain-lain  dan
                                     memastikan murid-murid mengambil mata pelajaran yang betul dan mencukupi.
                                 b.  Menganalisiskan mata pelajaran dan bayaran yuran peperiksaan yang diambil oleh murid-
                                     murid.(bukan warga negara / murid ulangan )
                                 c.  Menyemak Borang Masuk Komputer dan kemasukan nama dalam sistem online.
                                 d.  Menyediakan tempat peperiksaan PT3 dan SPM, mengaturkan kerusi dan meja, melabelkan
                                     tempat duduk calon dan menyediakan pelan kedudukan calon.
                                 e.  Menyediakan  semua  bahan  yang  diperlukan  untuk  peperiksaan  PT3,  SPM  seperti  almari,
                                     sistem pembesar suara, jam dinding, langsir dan lain-lain.
                                 f.  Memastikan  semua  tempat  peperiksaan  PT3  dan  SPM  diatur  balik  selepas    peperiksaan
                                     bertulis.
                                 g.  Mencetak  sijil  ujian  lisan  Bahasa  Melayu  dan  Bahasa  Inggeris  serta  sijil-sijil  lain  yang
                                     berkaitan dengan peperiksaan.
                                 h.  Menganalisiskan keputusan peperiksaan PT3 dan SPM secara terperinci.
                                 i.  Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan yang telah dibuat, memaklumkan, berbincang
                                     dan  membuat  cadangan  kepada  Pengetua  dan  Penolong  Kanan  untuk  meningkatkan
                                     prestasi murid dalam peperiksaan.
                                 j.  Menyimpan  rekod  keputusan  dan  senarai  nama  murid  yang  mempunyai  pencapaian
                                     cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM.
                                 k.  Menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan peperiksaan percubaan PT3 dan SPM.
                                 l.  Mengaturkan tugas guru-guru penolong.
                                 m.  Mengurus hal murid mengulang tingkatan 5
                                 n.  Menguruskan  hal  permohonan  rayuan  belajar  di  tingkatan  6  untuk  murid  yang  tidak
                                     ditawarkan masuk ke tingkatan 6.
                                 o.  Menguruskan hal murid memohon menyemak semula kertas jawapan peperiksaan awam.
                                 p.  Menyediakan laporan bahagian peperiksaan kepada Pengetua merangkumi semua ujian dan
                                     peperiksaan untuk pelbagai tujuan mengikut keperluan.
                                 q.  Mengaturkan  sesi  bimbingan  /  taklimat  kepada  pelajar-pelajar  tingkatan  3  dan  5  sebelum
                                     peperiksaan PT3 dan SPM.
                                 r.  Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari
                                     masa ke semasa.

                       6.     SENARAI  TUGAS  JAWATANKUASA PENINGKATAN PRESTASI PT3 & SPM

                                 a.  Menyelaras semua program/rancangan peningkatan prestasi PT3 SPM.
                                 b.  Membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang dan melaksanakan program
                                     peningkatan prestasi PT3 /SPM seperti ceramah teknik menjawab soalan dan program
                                     motivasi murid.
                                 c.  Menyelaras penyenaraian pelajar kumpulan sasaran PT3 /SPM( keseluruhan) dan mengikut
                                     mata pelajaran.
                                 d.  Mengatur dan menyediakan jadual kelas tambahan untuk murid PT3 /SPM

                       7.     SENARAI TUGAS  JAWATANKUASA MBMMBI

                                 a.  Merancang pelaksanaan program
                                 b.  Merancang peruntukan sumber kewangan
                                 c.  Mengadakan mesyuarat dalam jangka masa program dilaksanakan






                                                                                                              45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50