Page 70 - SMK ST.ANNE’S CONVENT, KULIM KEDAH DARUL AMAN - 2015
P. 70

70                                  MANUAL PENGURUSAN SMK. ST. ANNE’S CONVENT  2019



                       4.  PERHIMPUNAN SEKOLAH
                              4.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang
                              ditetapkan.
                       5.  CUTI
                              5.1  Cuti Rehat/ Cuti Penggal
                                5.1.1  Mengikut  Surat  Pekeliling  Kementerian  Pelajaran  KP  (PP)  0046.  SJ/A/  (30)  bertarikh  24
                                     Disember  1993,  guru  berkelayakan  mendapat  cuti  rehat  sebanyak  7  hari  setahun.  Guru
                                     diminta mengisi borang permohonan seminggu sebelum mengambil cuti  rehat. Kebenaran
                                     mengambil  cuti  rehat  tertakluk  kepada  Pengetua.  Guru  boleh  dipanggil  bertugas  oleh
                                     Pengetua  tidak  melebihi  sepertiga  daripada  jumlah  cuti  sesuatu  tahun  untuk  menjalankan
                                     tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar
                              5.2  Cuti Sakit
                                5.2.1   Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
                                5.2.2   Cuti  sakit  yang  melebihi  90  hari  setahun  sama  ada  berterusan  atau  putus-putus  akan
                                       dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan
                                       pembayaran gaji.
                              5.3  Cuti Tanpa Gaji
                                5.3.1   Mengikut  Perintah  Am  Bab  Cuti  Tanpa  Gaji  boleh  dipohon  di  ataas  sebab-sebab
                                       persendirian yang mustahak.
                                5.3.2   Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua
                                       cuti rehatnya.
                                5.3.3   Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
                                       tidak melebihi 180 hari.
                                5.3.4   Cuti Tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
                                5.3.5   Kelulusan  Cuti  Tanpa  Gaji  yang  tidak  melebihi  14  hari  setahun  adalah  diluluskan  oleh
                                       Pengarah  Pendidikan  Negeri.  Cuti  yang  melebihi  15  hari  diluluskan  oleh  Kementerian
                                       Pendidikan  Malaysia.  Borang  permohonan  hendaklah  dihantar  ke  Jabatan  Pendidikan
                                       Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti..
                              5.4  Cuti Keluar Negeri
                                5.5.1   Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan.
                                       Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum
                                       tarikh bercuti.

                           6.    PAKAIAN
                              1.  Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.
                              2.  Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
                              3.  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
                              4.  Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang   sesuai
                              5.  Guru Perempuan- seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,    baju trek, kasut
                                 skuan atau getah tanpa tumit.
                              6.   Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja
                                 sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit

                           7.    BILIK GURU
                              1.  Guru  hendaklah  berada  di  bilik  guru  semasa  tidak  mengajar  di  kelas.  Masa  ini  hendaklah
                                 dianggap  sebagai  “non-teaching  period”  dan  bukannya  “free  period”. Oleh  itu,  guru  hendaklah
                                 menggunakan  masa  tersebut  di  bilik  guru  untuk  perkara-perkara berkaitan  dengan pengajaran
                                 dan pembelajaran sahaja.






                                                                                                              70
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75