Page 57 - Modul Pendidikan Islam Prasekolah
P. 57
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF
Documents
Unlimited Pages
Complete
TAJUK: BERDIRI TEGAK DAN TAKBIRATUL IHRAM
AKTIVITI 16
M ASA: 30 minit
TUNJANG UTAMA: Kerohanian Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam
STANDARD (PI 2.3.5) Melakukan pergerakan solat dengan betul
PEMBELAJARAN: dan mengikut tertib melalui bimbingan guru.
TUNJANG LAIN YANG Perkembangan Fizikal dan Estetika, Bahasa Malaysia,
DISEPADUKAN:
Murid dapat melakukan perbuatan Berdiri dan
OBJEKTIF:
Takbiratul Ihram
KONSEP UTAMA: Mengetahui perbuatan berdiri dan Takbiratul Ihram
ALATAN: CD,VCD
LANGKAH PENGAJARAN:
1. Murid memulakan pembelajaran dengan bacaan doa.
EéªìoDæÍ#EéÂèÊô±#ÑìÆöµçmèkDæÍ Eéªì±EæÅ#EéÂö¾ì©#ÑìÅègúm#òOæk
2. Murid menonton video orang yang mengerjakan solat
3. Guru menerangkan bahawa setiap orang Islam digalakkan mendirikan solat
sejak dari kecil. Allah memberi tanggungjawab kepada ibu bapa supaya
membiasakananak-anak solat dari kecil dan usianya 7 tahun. Ibu bapa boleh
merotan anak mereka yang tidak menunaikan solat. Bila seseorang yang
telah akhir baligh sehingga ke akhir hayatnya wajib menunaikan solat yang
telah ditentukan waktunya. Berdosa sekiranya solat itu ditinggalkan.
4. Guru menyebut ALLAHU AKBAR diikuti oleh murid berulang-ulang dengan
bacaan yang betul dan menjaga sebutan setiap hurufnya.
5. Guru menunjukkan cara :
a. Berdiri mengadap kiblat,
b. Berdiri lurus dengan menundukkan sedikit kepala ke hadapan,
c. Mata melihat tempat sujud,
d. Kedua kaki diregangkan sedikit,
e. Angkat kedua belah tangan ke paras bahu dan hujung jari di
bawah cuping telinga dengan tapak tangan mengadap kiblat
sambil menyebut ALLAHU AKBAR serentak dengan perbuatan
dalam hati berniat : Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor 4 rakaat
kerana Allah Ta¶ala.
6. Murid melakukan simulasi pergerakan solat tersebut.
49

