Page 14 - PDF BUKU PENGURUSAN PRASEKOLAH SKTMR 2021
P. 14
Buku Pengurusan Prasekolah SK Taman Megah Ria
PERANAN DAN BIDANG TUGAS PENTADBIR
Guru Besar
❖ Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara
menyeluruh meliputi bidang pentadbiran, kebajikan, keselamatan,
kewangan, kurikulum dan kokurikulum.
❖ Memastikan guru opsyen prasekolah mengajar di kelas prasekolah atau
guru terlatih sekiranya tiada guru opsyen.
❖ Memastikan Guru Prasekolah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
Kewangan Sekolah dan Kurikulum Sekolah.
❖ Memastikan kelas prasekolah mempunyai guru relief sekiranya guru
prasekolah tidak hadir bertugas/menghadiri tugasan rasmi.
❖ Memastikan setiap kelas prasekolah mempunyai seorang Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) atau Pekerja Sambilan Harian.
❖ Mengawal selia pengurusan kewangan prasekolah.
❖ Memastikan tatacara pengurusan perolehan di kelas prasekolah
dilaksanakan mengikut pekelililing yang sedang berkuatkuasa.
❖ Memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan sepenuhnya dan
pencerapan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
❖ Melaksanakan pemantauan pengurusan ke kelas prasekolah secara
berkala.
❖ Meastikan PPM prasekolah melaksankan tugas-tugas yang ditetapkan.
❖ Mengeluarkan surat arahan penentapan waktu bekerja kepada PPM
Prasekolah.
❖ Melaksanakan tugas sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan murid
prasekolah.
Guru Penolong Kanan
❖ Membantu Guru Besar dalam semua bidang pengurusan dan pentadbiran
serta melaksanakan bidang tugas hakikinya sebagai Guru Penolong
Kanan.
13

