Page 7 - Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah
P. 7

iii



                                                                       GARIS PANDUAN
                                                                   PENGURUSAN PRASEKOLAH








                                                              kata



                                    alu-aluan




                                KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA









             Bismillahirrahmanirrahim
             Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pengurusan  Sekolah Harian, Kementerian  Pendidikan
             Malaysia atas inisiatif untuk menyediakan Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah ini sebagai bahan
             rujukan dalam  mentadbir urus kelas prasekolah. Sesungguhnya kejayaan dalam  menyediakan Buku Garis
             Panduan Pengurusan Prasekolah ini akan menjadi pemangkin kepada usaha Kementerian Pendidikan
             Malaysia dalam menyemarakkan semangat dan usaha untuk melonjakkan  kecemerlangan pendidikan ke
             arah mencapai pendidikan bertaraf dunia.

             Pendidikan Prasekolah merupakan salah satu agenda utama dalam sistem pendidikan di Malaysia dan
             telah  dimasukkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Anjakan 1 dalam
             PPPM 2013-2025 antaranya ialah meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan  enrolmen sejagat
             menjelang 2020.

             Pendidikan prasekolah yang berkualiti penting bagi memberi asas yang kukuh dan pengalaman awal
             berkaitan dunia prasekolah kepada kanak-kanak sebelum memasuki Tahun 1. Pengalaman ini melibatkan
             kemahiran,  keyakinan diri dan sikap positif yang diterapkan sangat penting sebagai persediaan untuk
             memasuki alam  pendidikan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

             Penghasilan Garis Panduan Pengurusan Prasekolah ini membuktikan kesungguhan Kementerian Pendidikan
             Malaysia dalam memastikan pendidikan prasekolah berkualiti, selaras dengan hasrat kerajaan untuk
               menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

             Semoga dengan penghasilan garis panduan ini dapat membantu semua pihak yang terlibat dalam
              pengurusan  prasekolah  bagi  melaksanakan  tugas  dan  tanggungjawab  dengan  lebih  berkesan  dan
              berkualiti. Saya menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah dapat
             mematuhi garis panduan ini.
             Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
               menghasilkan garis panduan ini. Semoga apa yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

             Sekian, terima kasih.






             DATUK DR AMIN BIN SENIN
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12