Page 150 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 150
Fasa Pelaksanaan Murid menonton youtube pdp tentang teknik-teknik
penulisan karangan Bahagian C.
Murid membaca nota yang dilampirkan berkaitan
dengan tajuk karangan sebagai panduan.
Murid boleh memperolehi maklumat melalui pelbagai
sumber, contohnya buku contoh karangan Bahasa
Cina, guru Bahasa Cina, ibu bapa, rakan, adik
beradik, surat khabar, majalah ataupuninternet.
Murid mencari idea dengan bantuan dan bimbingan
daripada ibu bapa dan guru.
Murid diminta untuk menulis sebuah karangan yang
bertajuk “Penghargaan Kepada Pewira Barisan
Hadapan COVID-19”
Murid mula menghasilkan produk penulisan secara
berperingkat:
- Menganalisis soalan
- Menulis kerangka karangan
- Menulis perenggan pendahuluan
- Menulis perenggan isi
- Menulis perenggan kesimpulan
Murid dikehendaki menyiapkan karangan tersebut
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Murid boleh meletakkan gambar-gambar yang
bersesuaian dengan tajuk karangan sama ada
dilukis sendiri atau diambil daripada mana-mana
bahan dan ditampalkan dalam hasil karya karangan
.
Dengan menggunakan kreativiti murid, hasilkan
sebuah karangan yang menarik mengenai tajuk
yang dipilih.
Murid mengambil gambar setiap langkah membuat
projek tersebut.
Murid membuat penilaian kendiri projek dengan
merujuk rubrik yang disediakan oleh guru dan
dengan bantuan pemeriksaan hasil kerja oleh guru
dari semasa ke semasa.
150

