Page 65 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 65

    Diingatkan bahawa, maksud lirik lagu yang diubah
                                                mestilah mengandungi isu-isu yang berkaitan
                                                dengan     wabak     Covid-19,   seperti   kata-kata
                                                (sokongan) yang ingin disampaikan kepada barisan
                                                depan (doktor, jururawat, polis, askar, rela). Lirik
                                                lagu yang diubah tidak dibenarkan sekali menyentuh
                                                sentimen kaum dan agama.


            Fasa Pelaksanaan               Pembangunan Projek
                                               Murid-murid diminta membuat satu rakaman video
                                                yang sedang menyanyi lagu gubahan lirik tersendiri.
                                                Rakaman video itu adalah terhad iaitu 2-3 minit
                                                sahaja. Murid-murid boleh menyanyi lagu gubahan
                                                lirik dengan pelbagai cara sama ada dengan iringan
                                                muzik (KARAOKE – TANPA VOKALIS), menyanyi
                                                lagu dengan murid sendiri memainkan alat muzik
                                                ataupun menyanyi tanpa iringan muzik.


                                               Murid-murid diminta mengambil 3 keping gambar
                                                seperti di bawah:-


                                           (A)  Murid-murid sedang melayari Internet/Youtube untuk
                                                mendapatkan lagu kegemarannya.
                                           (B)  Murid-murid sedang menggubah lirik lagu yang baru.
                                           (C)  Murid-murid sedang menyanyi lagu gubahan lirik
                                                yang dihasilkan.
                                           - Ketiga-tiga gambar itu mesti diedit dan dijadikan satu
                                                gambar (3 IN 1) yang bersaiz A4 dan menyatakan
                                                nama penuh dan kelas (BM) murid berkenaan.

                                               Guru akan membimbing murid secara online atau
                                                offline untuk menghasilkan video.


                                               Ibu bapa atau ahli keluarga juga boleh membantu
                                                dan membimbing anak semasa menghasilkan video
                                                tersebut.











                                                                                                  65
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70