Page 3 - Modul Kluster (Berlian) SPM Sejarah
P. 3
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL KLUSTER SEJARAH
§ Modul Kluster Sejarah digubal untuk membantu guru membimbing murid mengikut tahap
pencapaian secara sistematik dan terancang.
§ Hal ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah di peringkat
sekolah khususnya dan negeri Sabah amnya.
§ Modul ini terdiri daripada tiga modul yang digubal secara berasingan berdasarkan tahap
pencapaian murid iaitu tinggi, sederhana dan rendah iaitu;
(i) Modul Zamrud (Murid berprestasi tinggi)
(ii) Modul Berlian (Murid berprestasi sederhana)
(iii) Modul Delima (Murid berprestasi rendah
§ Modul ini berformat soalan struktur dan esei Sejarah SPM Kertas 2.
§ Digubal berdasarkan analisis soalan Sejarah SPM yang terkini.
§ Merangkumi topik Sejarah Tingkatan 4 dan 5, tetapi digubalkan berdasarkan sasaran prestasi
murid.
§ Boleh digunakan sebagai bahan pdp dan kemahiran menjawab secara berfokus kerana skema
jawapan disediakan pada setiap helaian soalan yang sama.
MODUL ZAMRUD
§ Sasaran untuk murid berprestasi tinggi
§ Merangkumi semua bab Sejarah Tingkatan 4 dan 5
§ Setiap bab mengandungi 5 soalan struktur dan 2 soalan esei
§ Pencapaian 80% markah ke atas.
MODUL BERLIAN
§ Sasaran untuk murid berprestasi sederhana
§ Sejarah Tingkatan 4 merangkumi bab 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
§ Sejarah Tingkatan 5 pula merangkumi bab 1, 2, 7, 8 dan 9
§ Setiap bab mengandungi 5 soalan struktur dan 1 soalan esei
§ Sasaran pencapaian 50 – 80% markah
§ Murid-murid yang telah menguasai modul ini boleh meningkatkan tahap penguasaan mengikut Modul Zamrud
MODUL DELIMA
§ Sasaran untuk murid berprestasi rendah
§ Sejarah Tingkatan 4 merangkumi bab 1, 2, 3, 4, dan 5
§ Sejarah Tingkatan 5 pula merangkumi bab 1, 2, dan 9
§ Setiap bab mengandungi 4 soalan struktur dan 1 soalan esei
§ Sasaran pencapaian 40 – 50%
§ Murid-murid yang telah menguasai modul ini boleh meningkatkan tahap penguasaan mengikut Modul Berlian
ii

