Page 147 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 147
TUGAS JURULATIH PASUKAN ELIT & SKUAD TUNAS JUARA
x Mengenalpasti bakat murid dalam bidang sukan.
x Membentuk perancangan jangka panjang untuk mempastikan pencapaian
misi dan visi sesebuah pasukan.
x Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke
dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan / S/U
Kokum untuk tindakan selanjutnya.
x Membentuk pasukan sekolah. Menyediakan senarai keperluan / alat dan
mencadangkan pembeliannya melalui kerjasama setiausaha sukan.
x Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan
pertandingan.
x Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan
permainan antara sekolah / daerah / bahagian / negeri
x Mengatur program latihan dan kegiatan pasukan bagi sepanjang tahun.
x Memupuk semangat dan minat di kalangan pemain-pemain dengan
mengadakan aktiviti menonton video/filem berkaitan, lawatan dan lain-lain
rangsangan.
x Bertindak sebagai pengurus pasukan sekolah.
x Menghadiri mesyuarat peringkat sekolah / daerah dan mematuhi keputusan
minit mesyuarat tersebut.
x Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan
minum, pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang
dianjurkan oleh sekolah /PPD/BAHAGIAN/JPN/KPM atas persetujuan
Pengetua
x Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum
membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara di luar kawasan sekolah.
Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU. untuk
makluman.
x Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan sekolah
dalam keadaan selamat pergi dan balik.
x Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan
pertandingan
x Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK KOKU
dan S/U Sukan / S/U KOKU untuk makluman dan rekod
x Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya
selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U
Sukan S/U KOKU untuk tindakan selanjutnya (dokumentasi).

