Page 99 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 99

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID VERSI 2.0  (SSDM v2.0)

               1.  PENGENALAN
                    Sistem e-SSDM v2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan
                    Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang
                    bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem
                    ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

               2.  TUJUAN
                    Antara tujuan sistem ini adalah untuk:
                      i.      Menambahbaik sistem SSDM sedia ada.
                      ii.     Membantu  pihak  sekolah  dalam  proses  penentuan  hukuman  supaya  selaras  dengan  Surat
                              Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
                      iii.    Membantu  pihak  sekolah  dalam  memantapkan  pengurusan  disiplin  selaras  dengan
                              perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
                      iv.     Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru
                              Bimbingan dan Kaunseling.
                      v.      Menjalin  rangkaian  kerja  yang  jelas  antara  guru-guru,  Ketua  Guru  Disiplin  /  GPK  HEM,
                              Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
                      vi.     Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.


               3.  PROSES KERJA
               3.1     Perekodan Kes Salah Laku
                      i.      Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
                      ii.     Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan
                              hukuman.
                      iii.    Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman.
                      iv.     Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh
                              Pengetua.
                      v.      Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
                      vi.     Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap
                              murid-murid tersebut.

               3.2     Perekodan Amalan Baik
                      i.      Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
                      ii.     Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid.


               4.      OPERASI SISTEM
                       6LVWHP LQL DGDODK EHUDVDVNDQ µ:HE¶  \DQJ EROHK GLDNVHV ROHK JXUX-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM,
               Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan
               agihan dan pecahan tugas yang jelas.

                     Individu                                          Peranan dan Tugas
                 Guru-guru         x  Melaporkan Kes Salah Laku dan Amalan Baik
                 Ketua Guru Disiplin /  x  Menentukan keesahan kes dan mencadangkan tindakan
                 GPK HEM           x  0HPEHUL UXDQJ µPHPEHOD GLUL¶ NHSDGD PXULG
                                   x  Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman
                                   x  Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan
                                      sahsiah
                 Pengetua          x  Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan,
                                      dan membuat pengesahan
                                   x  Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan
                                      sahsiah
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104