Page 4 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM KSSM Tingkatan 4
P. 4

Kemahiran Bahasa
                               Modul 1 : Kata Tunggal dan Kata Majmuk


                               Standard Kandungan:
                               5.1   Memahami  dan  menggunakan  bentuk  kata  yang  sesuai  dalam  pelbagai
                                    bidang.

                               Standard Pembelajaran:
                               5.1.1  Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk
                                    dengan betul mengikut konteks.

                               .

               Buku Teks      : Halaman 4-5

               Tema 1         : Merealisasikan Impian
               Tajuk          : Menawan Samudera
               Aktiviti (2)   : Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian, gunakannya dengan
                                betulnya mengikut konteks.
               Jawapan        : Halaman 233
               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                        Nota
                         Tatabahasa

               Kata Tunggal

               •  Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
                  pemajmukan atau penggandaan. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu:
                  (i)  kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata, dan
                  (ii)  kata tunggal yang mengandungi dua suku kata tau lebih


                                                        Kata Tunggal


                                         Kata tunggal                   Kata tunggal
                                        satu suku kata              dua suku kata atau lebih

                   a.  Kata tunggal satu suku kata
                       Terdapat tujuh pola gabungan konsonan (K)-vokal (V) dalam kata tunggal satu suku kata, seperti
                       yang berikut:
                       (i)   KV       -  yu        ru       ya
                       (ii)  VK       -  am
                       (iii)  KVK     -  cat        roh      tin       sen     lap       wang
                       (iv)  KKVK     -  draf      stor     gred     skor    krim     trak
                       (v)  KVKK      -  golf      teks     bank    zink
                       (vi)  KKKV     -  skru
                       (vii)  KKKVK  -  skrip     strow   spring


                                                                                            4 | azanablatif@gmail.com
   1   2   3   4   5   6   7   8   9