Page 55 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM KSSM Tingkatan 4
P. 55

•  Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. (hal.82)
                       Maksud: Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

                   •  Sambil menyelam minum air. (hal.83)
                       Maksud: Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai.

                   •  Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (hal.84)
                       Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik.


               TEMA 7 : DEMI KEDAMAIAN

                   •  Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga. (hal.88)
                       Maksud: Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya.

                   •  Bagai itik mendapat air. (hal.90)
                       Maksud: Kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai.

                   •  Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah. (hal.90)
                       Maksud: Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

                   •  Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. (hal.90)
                       Maksud: Tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal.

                   •  Air tenang jangan disangka tiada buaya (hal.90)
                       Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

                   •  Anak buah. (hal.98)
                       Maksud: Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga / Orang yang termasuk dalam sesuatu
                       pasukan / Pekerja di bawah jagaan kita.

                   •  Seperti telur di hujung tanduk. (hal.99)
                       Maksud: Dalam keadaan bahaya, serba sulit.

                   •  Sambil menyelam minum air. (hal.99)
                       Maksud: Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.



               TEMA 8 : DALAM LIPATAN KENANGAN

                   •  Pisang tidak berbuah dua kali. (hal.106)
                       Maksud: Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati.

                   •  Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. (hal.106 dan 107)
                       Maksud: Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan daripada sesuatu yang buruk.

                   •  Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. (hal.106)
                       Maksud: Jika kita terlanjur dalam melakukan sesuatu perbuatan, eloklah menginsafinya segera.

                                                                                           55 | azanablatif@gmail.com
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60