Page 35 - Modul Impresif Pantai Kasih Tingkatan 4 (1SVM)
P. 35

PLOT NOVEL

               Latihan 5

               Berdasarkan Novel Renyah , lengkapkan jadual di bawah


                                                  HURAIAN                                           PLOT

                Cerita dalam novel ini berkembang apabila muncul watak-watak lain yang menghadapi masalah
                dalaman  masing-masing.  Doktor  Uwang  dengan  prinsipnya  yang  hanya  mementingkan
                keuntungan daripada  bayaran  rawatan  di  PRPK.  Felicia  berasa  resah disebabkan  peristiwa
                hitam  yang  sering  kali  menghantui  perasaannya  sehingga  mendorongnya  mengambil  ubat
                batuk  secara  curi-curi  untuk  menghilangkan  keresahannya.  Doktor  Uwang  juga  berjaya
                membangunkan PRPK tetapi belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, Datu
                Ontong.  Doktor  Raiha  pula  seolah-olah  mempertikaikan  kewibawaan  Doktor  Uwang  yang
                sebelum ini merawat Unong Siron                                                 _______________

                Novel  ini  dimulakan  dengan persoalan  yang bermain  di  fikiran  Doktor  Raiha  tentang sebab
                pesakit bernama Unong Siron perlu menjalani pembedahan tulang pinggul sebanyak enam kali      1
                sedangkan lima pembedahan sebelumnya itu dijalankan oleh pakar otopedik yang terkenal, iaitu
                Doktor Uwang. Pada masa yang sama, Doktor Raiha gelisah kerana memikirkan peristiwa hitam
                yang dialaminya bersama bekas suaminya, Doktor Sadiz                                 Permulaan

                Doktor  Raiha  melakukan  pembedahan  terhadap  Doktor  Uwang  yang  cedera  akibat
                kemalangan.  Akhirnya  Sister  Felicia  Landosi  memohon  maaf  daripada  Doktor  Raiha  atas
                penglibatan  dirinya  menjadi  budak  suruhan  membeli  minyak  petrol  oleh  Doktor  Sadiz  pada
                malam  kematian  anak  perempuannya  itu.  Doktor  Raiha  menerima  semua  takdir itu  dengan
                menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.                                _______________


                Doktor Uwang berasa tercabar apabila Doktor Raiha mempertikaikan kewibawaannya sebagai
                seorang  pakar  bedah.  Doktor  Uwang  dan  Felicia  secara  tidak  langsung  terlibat  dengan
                perancangan Doktor Sadiz sehingga menyebabkan  Rohayu terkorban. Semasa perbicaraan
                kes antara Doktor Raiha dengan Doktor Sadiz, kes tersebut memihak kepada Doktor Sadiz
                menyebabkan Doktor Raiha berasa amat kecewa. Doktor Uwang terbayang-bayangkan anak
                Pak Usunya, Doktor Sadiz yang rentung dan meminta diselamatkan. Bayangan tersebut datang
                pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan.           _______________

                Novel ini mencapai puncak apabila Doktor Uwang mengalami kemalangan kerana melanggar
                tembok  garaj  di  Pusat  Rawatan  Pantai  Kasih.  Pergelangan  tangan  dan  lututnya  hancur
                menyebabkan  pembedahan  penggantian  sendi  perlu  dilakukan  segera.  Tanpa  kerelaannya,
                pembedahan  dijalankan  dengan  menggunakan  peralatan  palsu  dan  bermutu  rendah  yang
                dibelinya khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan.
                                                                                                _______________



















               35 | a z a n   G C B M K V W T - P a n t a i   K a s i h   2 0 2 0
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40