Page 4 - Dato Onn Jaafar - Syaqil Bin Hazlan
P. 4
Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara yang pada awalnya kurang membangun dan
sangat bergantung kepada pertanian tradisional kini boleh dianggap sebagai negara makmur dengan
ekonomi pelbagai. Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang.
Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus – ratus tahun menjadikan
semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian
menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga
berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.
Kempen – kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa,
akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang
lebih ke hadapan dan sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya,
terbentuklah negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16
September 1963.
Malaysia berjaya bebas daripada jajahan asing kerana kegigihan dan juga
kebijaksanaan para pemimpin negeri-negeri di Malaysia. Antara negeri yang berjaya menghasilkan
persejarahan kemerdekaan ini adalah negeri Johor (Fawzi Basri,1983). Terdapat ramai pemimpin
dari Negeri Johor yang telah menyumbang jasa dan bakti mereka dalam mencapai kemerdekaan ini.
Antaranya ialah Dato Onn Jaafar.
2

