Page 20 - TPP JPNP
P. 20

RINGKASAN





            EKSEKUTIF








                                                Transformasi Pendidikan Pahang (TPP)


                                                                       (2021 – 2030)


                       Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan dokumen strategik


               hala  tuju  pendidikan  yang  holistik.  PPPM  2013-2025  berhasrat  mengoptimumkan  kemenjadian

               murid melalui peningkatan kualiti sistem pendidikan.


                       Dalam  merealisasikan  Gelombang  3  PPPM  (2021-2025),  semua  sekolah,  guru  dan

               pengetua/guru  besar  (PGB)  perlu  menunjukkan  prestasi  melebihi  standard  minimum.  Oleh  itu,

               Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (KPM)  akan  memberikan  tumpuan  kepada  meningkatkan


               keluwesan  operasi  untuk  memupuk  budaya  kepimpinan  rakan  setugas  bagi  pembangunan

               kecemerlangan  profesional.  Kementerian  juga  akan  menganjakkan  kebanyakan  sekolah  kepada


               model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan

               inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan

               kemajuan  kendiri  yang  mampu  untuk  mencetuskan  inovasi  dan  meningkatkan  pencapaian  yang


               lebih tinggi.



                       Sehubungan  dengan  itu,  Jabatan  Pendidikan  Negeri  Pahang  (JPNP)  komited  untuk

               meningkatkan  prestasi  pendidikan negeri  secara  menyeluruh  dengan menghasilkan  Transformasi

               Pendidikan  Pahang  (TPP)  sebagai  satu  wadah  penambahbaikan  yang  mengambil  kira  pelbagai


               cabaran semasa. TPP ini bersifat meaningful (bermakna), measureable (boleh ukur) dan malleable

               (mudah  olah)  kepada  semua  peringkat  yang  terlibat  iaitu  sekolah,  Pejabat  Pendidikan  Daerah

               (PPD) dan JPNP.



         1          Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25