Page 8 - TPP JPNP
P. 8

SEULAS BICARA










               Assalamualaikum,
               Salam Sejahtera,
               Salam Transformasi Pendidikan Pahang,

               Alhamdulillah, rakaman kesyukuran yang teramatnya kepada Allah SWT kerana dengan izin serta limpah
               kurnia-Nya, buku Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) dapat direalisasikan penerbitannya.

               Penulisan buku ini bertujuan untuk memberikan penerangan tentang hala tuju pendidikan negeri Pahang
               bagi tempoh 10 tahun (2021-2030) akan datang. Penghasilan transformasi ini sangat signifikan lebih-lebih
               lagi apabila sistem pendidikan kita akan memasuki fasa terakhir gelombang ketiga Pelan Pembangunan

               Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025.  Berkewajaranlah  langkah  proaktif  ini  dilaksanakan  sejajar
               dengan pemikiran bijak pandai yang menyatakan bahawa apabila mengingini kejayaan, janganlah hanya
               mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.

                Transformasi  Pendidikan  Pahang  yang  bertunjangkan  CITra  Pahang  (Change,  Innovation,

                Transformation)  dengan  slogan  Cekap,  Cepat,  Cermat  diharapkan  dapat  memacu  kecemerlangan
                pendidikan  di  negeri  Pahang  yang  pada  akhirnya  nanti  akan  memberikan  impak  kepada  kemenjadian
                murid secara holistik.


               Bagi  mencapai  aspirasi  yang  diimpikan  dalam  persekitaran  yang  semakin  berdaya  saing  ini,  Jabatan
               Pendidikan Negeri Pahang tidak terkecuali dan semestinya mengorak langkah sederap agar transformasi
               ini  menjadi  tunjang  kepada  pengukuhan  visi  dan  aspirasi  sistem  pendidikan  Malaysia.  Pengetua,  guru

               besar, guru-guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan untuk menjayakan transformasi ini kerana
               seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, seliang bagai buluh. Iltizam dan kerjasama semua pihak menjadi
               sinergi agar CITra Pahang ini menjadi realiti yang membanggakan kita warga Pahang.



               Akhir  kata,  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  ucapan  terima  kasih  kepada  Jawatankuasa  Transformasi
               Pendidikan Pahang serta semua pihak yang memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau
               sebaliknya  atas  inisiatif  yang  padu  untuk  menghasilkan  Transformasi  Pendidikan  Pahang.  Besarlah

               harapan kita semua agar usaha murni ini memperoleh rahmah dan barakah daripada Allah SWT.

               Sekian, terima kasih.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13